Nur Laman Bestari (NLB) merupakan Eco-Resort terbaru yang dibangunkan pada Mei 2009. NLB terletak di Hutan Lipur Sungai Tua, berhampiran Ulu Yam yang terkenal sebagai tempat perkelahan dan mandi-manda dengan kehijauan hutan dan sungainya yang masih terpelihara. Kedudukan Nur Laman Bestari yang jauh dari hiruk pikuk bandar mewujudkan suasana yang sungguh mendamaikan untuk menghilangkan stress, untuk bersendirian dan bermacam-macam lagi..
Di NLB ada menyediakan kawasan reakriasi yang sesuai untuk keluarga seperti sungai dan kolam untuk aktiviti mandi-manda bersama keluarga. Kolam yang direka khas bagi kesuaian kanak-kanak Di samping itu, di Resort ini juga disediakan tempat untuk menginap dan bermalam di sini. Bilik penginapan ada pelbagai jenis, rumah VIP, blok asrama, chalet atas air dan sebagainya bagi kemudahan pengunjung dan bagi pengunjung yang menginginkan kerehatan dalam suasana hutan yang segar dan nyaman.
Perjalanan dengan menaiki kereta mengambil masa hanya 15 minit dari Batu Caves, Selangor menjadikan NLB lokasi yang stategik untuk aktiviti riadah minda melalui aktiviti permainan, bina pasukan, motivasi dengan alam semulajadi dan suasana kesegaran flora dan fauna yang menjanjikan kelainan kepada para pengunjungnya
Kebiasaanya juga, ada sesetengah sekolah akan menjadikan Nur Laman Bestari sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti perkhemahan bersepadu atau kem kepimpinan. Tidak dilupa badan-badan berkanun dan kelab-kelab yang ingin melaksanakan aktiviti “Hari Keluarga” di NLB. Kami menyediakan segala aktiviti dan kemudahan bagi menjayakan program yang diingini.
Maklumat lanjut: info@nurecoresort.com
Sebarang Tempahan & Maklumat Lanjut, Sila Hubungi: Tel : 03-23022977 ; H/P: 019-9172977 (Shafiq/Ida) / 019-3124678 (Ibrahim)