Tarikh | : 17 Jun 2019 |
Masa | : 8.00 – 1.00 Tengah Hari |
Lokasi | : PI Taman Desa Kelisa |
Kehadiran | : 100 Orang |
Tujuan
Membudayakan aplikasi ICT di kalangan komuniti dan usahawan serta memberi panduan dan kesedaran berkaitan isu-isu terkini aplikasi ICT dalam kehidupan.
Aktiviti
1. Pendaftaran peserta dan pengunjung
– Peserta mengisi borang penyertaan dan pengunjung mengisi borang kehadiran
2. Saringan Kesihatan (KOSPEN – PI) – aplikasi MyHealth
– Pengunjung melakukan pemeriksaaan kesihatan (tekanan darah/ paras gula dalam darah/ ukuran tinggi dan berat (BMI)/ ukur lilit pinggang).
3. Pertandingan Dashboard Komuniti
– MyShop (Usahawan) – Muatnaik produk/ perkhidmatan terbanyak
– MyPlace (Sekolah Menengah) – Menambah lokasi menarik terbanyak
4. Pertandingan Mewarna “Selamat Hari Raya” – (Tabika)
5. Aktiviti Marhaban
– Alunan marhaban dari Kumpulan Muslimah Al-Jamiyyah, Taman Desa Kelisa
6. Aktiviti Advokasi SKMM
– Penerangan berkaitan program advokasi SKMM
Mobile E-Waste – Taklimat kesedaran tentang kesan pembuangan sisa elektronik terhadap alam sekitar. Panduan membuang peranti komunikasi yang rosak ke dalam tong Mobile E-Waste.
Check Your Label – Taklimat berkaitan aplikasi Check Your Label terutama peranti telefon pintar dan juga barangan elektronik yang berkaitan. Kesan dan cara menyemak peranti elektronik yang selamat.
Klik Dengan Bijak (Scammer) – Tayangan video berkaitan topik dan langkah-langkah mengatasi daripada menjadi mangsa scammer
PTPTN – taklimat berkenaan perkhidmatan yang disediakan untuk golongan anak-anak dan belia. Isu-isu semasa dan sesi soal jawab bersama pengunjung
SYABAS – taklimat berkenaan perkhidmatan dan isu-isu berbangkit. Sesi soal jawab bersama pengunjung
8. Pertandingan Anyaman Ketupat (Wanita/ Lelaki)
– Menganyam ketupat menggunakan reben. Peserta perlu menganyam 2 biji ketupat dengan masa terpantas dan kemas. Paparan video cara menganyam ketupat secara online (youtube.com)
9. Pertandingan Video “Biskut Raya” (Wanita/ Lelaki)
– Penghasilan Video Cara Membuat Biskut Raya (powtoon.com/ Filmora/ Powerpoint/ Aplikasi Telefon Pintar)
10. Pertandingan Fotografi “Moment Hari Terbuka PI” (Terbuka)
– Fotografi terbaik menggunakan telefon pintar. Muatnaik ke akaun Facebook dan kongsi di FB Page Pusat Internet Taman Desa Kelisa
11. Bacaan Doa, Ucapan dan Perasmian Penutup Program
– Pengacara majlis memulakan ucapan dengan ribuan terima kasih kepada tetamu VIP, pengunjung dan peserta yang hadir.
– Upacara dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Firdaous bin Ismail (Pengerusi MPKK, Kg. Sg. Kamin/ Ulu Kalong)
– En. Ahmad Nazri Bin Ibrahim (Penghulu) memberikan ucapan dan merasmikan program penutup
12. Penyampaian Hadiah/ Cenderahati / Goodies
– Pengurus menyampaikan cenderahati kepada tetamu-tetamu VIP dan wakil agensi
13. Makan Tengah Hari
– Jamuan kepada tetamu VIP dan juga kepada pengunjung/ peserta
Aktiviti Sokongan
1. Pameran Agensi/ Jualan Usahawan
– Agensi membuka kaunter pameran dan perkhidmatan
– Usahawan membuka kaunter jualan produk/ perkhidmatan masing-masing
2. Promosi Jualan (Usahawan)
- LTU Global Resources
- Minuman Miwa Oli
- Personal Shopper (Ikea/ Kaison)